Tuesday, 8 November 2016

FAILURE IS AN OPTION (KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN)


Failure is An Option (Kegagalan adalah satu pilihan)  
      
Setiap usahawan akan menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan mereka. Tanpa cabaran tersebut perniagaan seseorang usahawan itu tidak akan berkembang dan berjaya hingga ke tahap yang lebih tinggi. Seseorang usahawan itu perlulah mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, kegagalan itu haruslah dijadikan satu cabaran yang perlu dihadapi ketika berada dalam bidang keusahawanan.

Jika sesautu kejayaan itu tidak dapat dicapai, maka jangan menjadikan kegagalan itu sebagai satu alasan yang negatif. Dengan bertindak sedemikian, segala usaha yang telah dilakukan tidaklah terlalu sia-sia dan seseorang usahawan itu akan terus mencuba hinggalah kejayaan itu dapat dicapai. Belajar dari segala kesilapan dan kelemahan yang terdapat pada setiap usaha yang telah dilakukan untuk terus maju ke hadapan.

Usahawan Malaysia yang memiliki ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani bin Tun Mahathir. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah menjadikan kegagalan itu sebagai satu pilihan. Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir merupakan seorang pegawai eksekutif Kecana Petroleum Berhad yang pernah mengalami keadaan naik dan turun dalam bidang korporat. Sebelum ini, beliau pernah gagal ketika mengendalikan syarikat Tongkah Holding dan Pantai Holdings apabila tidak dapat mengekalkan pegangan saham ketika krisis kewangan 1997. 

Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir tidak berputus asa dengan kegagalannya dan kemudiannya beliau berjumpa dengan pengasas Kencana Petroleum, Choong Hin Lon, yang telah mengambil beliau sebagai rakan kongsi. Keberadaan beliau dalam Kencana Holdings menyebabkan syarikat itu menjadi sangat cemerlang. Oleh itu, sebagai usahawan yang ingin berjaya kegagalan adalah satu pilihan yang perlu untuk menjadikan usahawan itu mampu bangkit dari setiap cabaran yang ditempuhi.

VISIONARY (BERWAWASAN)


Visionary (Berwawasan)

Berwawasan membawa maksud kepada seseorang usahawan itu mestilah menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Dalam wawasan perlulah dibentuk bagi jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Jika seseorang usahawan itu mempunyai hala tuju serta wawasan yang cukup jelas maka pencapaian wawasan akan ditetapkan. 

            Wawasan adalah keupayaan usahawan untuk melihat sesuatu yang individu lain tidak dapat tahu dan lihat, usahawan itu mampu untuk membayangkan bagaimana sesuatu idea itu dapat berkembang pada masa akan datang. Usahawan yang berwawasan akan dapat menyaingi apa yang individu lain ingin lakukan. Pada masa yang sama usahawan akan terus untuk bergerak lebih ke depan daripada individu biasa dengan menggunakan segala kepakaran dan sikap berwawasan yang ada dalam diri seseorang usahawan itu.

            Tambahan lagi, usahawan yang berwawasan juga mampu menjadikan seseorang itu menjadi lebih jelas, tersendiri, mempunyai matlamat tertentu di masa hadapan yang lebih tertumpu kepada teknologi yang semakin maju. Dunia semakin canggih menyebabkan usahawan perlulah bersaing untuk mendapatkan segala pembaharuan untuk memudahkan masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, usahawan perlulah menanamkan sikap berwawasan dalam diri mereka supaya mereka dapat mencapai hala tuju mereka.

            Malcolm N. Bricklin merupakan contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri usahawan berwawasan dalam industri automobil. Beliau telah dilahirkan pada March 9, 1939 dan telah diiktiraf sebagai salah satu industri automobil terkemuka usahawan. Beliau mempunyai lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan, pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Beliau juga dikenali sebagai salah satu di Dunia 60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace. Ciri-ciri berwawasan dalam diri beliau terserlah apabila beliau dapat mengesantrend masa depan lama sebelum orang lain. 

            Di Malaysia, usahawan yang berwawasan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau merupakan seorang usahawan yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan sentiasa belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Beliau juga sentiasa memikirkan kepentingan orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan. 


Budaya Terbuka (Open Culture)

Budaya terbuka atau juga dikenali sebagai budaya bebas merupakan satu konsep dimana pengetahuan dan idea harus disebarkan dan diperkembangkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada pembangunan, perubahan atau memperkayakan kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek. Dalam perniaganan, budaya adalah kelebihan terbesar yang mampan yang kita ada dalam perniagaan pada hari ini. Hal ini demikian kerana budaya adalah aspek yang paling sukar untuk ditiru. Pesaing mungkin boleh meniru produk-produk kita, tetapi budaya memerlukan tenaga dan komitmen untuk dibina. Memahami perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam dunia perniagaan. Budaya masyarakat memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi, sosial dan etika firma semasa perniagaannya berurusan dalam dunia masyarakat itu. Budaya masyarakat mencerminkan nilai-nilai harmoni kebudayaan, kepercayaan, kelakuan, adat dan sikap masyarakat itu sendiri. Budaya adalah satu tingkah laku individu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang telah diwarisi dan diamalkan serta diperkenalkan kepada ahli-ahli masyarakat yang lain. Unsur-unsur budaya saling berkaitan dan kukuh diantara satu sama lain. Elemen-elemen ini adalah bersesuaian, ianya berubah seperti kuasa luar yang mempengaruhi masyarakat. Budaya tidak hanya dikongsi oleh ahli-ahli masyarakat tertentu sahaja tetapi diperluaskan dan dikongsi bersama dengan masyarakat-masyarakat setempat yang lain.
Budaya bebas membawa maksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa, mereka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kebudayaan. Untuk memasuki pasaran antarabangsa, adalah sangat penting bagi seseorang usahawan untuk mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat atau negara. Oleh hal demikian, usahawan mestilah sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap budaya luar bagi melakukan penggubahsuaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut dapat melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima budaya baru dalam melakukan sesuatu perniagaan.

Ciri-ciri budaya terbuka ini juga perlu ada dalam diri usahawan kerana ia penting bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah tentang adat atau budaya di negara asing. Melalui pengetahuan mengenai budaya luar usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
Antara contoh usahawan yang mengamalkan ciri budaya terbuka dalam perniagaannya ialah Dato’ Seri Vida. Beliau merupakan pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan iaitu Vida Beauty.

Latar Belakang
Nama sebenar beliau ialah Dato’ Dr Hasmiza Othman tetapi lebih dikenali sebagai Dato’ Vida. Nama ini sememangnya tidak asing lagi di negara ini kerana beliau dikenali dengan penghasilan dan kualiti produk yang terkenal dan semakin mendapat tempat di hati masyarakat tanah air kita. Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak menuntut di institusi pengajian tinggi lagi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia, Penang. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran hingga peringkat PHD dalam jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran perniagaan ini, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau sebagai guru seterusnya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Dengan usaha beraninya itu,  beliau telah membuka sebanyak 38 cawangan perniagaannya di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan. Pengorbanan karier beliau telah mendatangkan hasil yang amat berbaloi sehingga melayakkannya mendapat segala perancangan perniagaan seperti yang diaturkan. Dengan susun atur organisasi dan segala percaturan niaga yang dibuat, beliau juga mengharapkan yang terbaik tidak kira dari segi Pengguna, Pekerja, Perniagaan dan Rakan kerja niaganya seperti puluhan Stokis, Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei yang banyak membantu beliau dalam perjalanan syarikat beliau sehingga kini.

Vida Beauty merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Vida Beauty adalah setaraf dengan produk-produk keluaran lain dipasaran malah produk Vida Beauty adalah yang terbaik. Ramai yang telah mencuba produk-produk tersebut malah mereka juga berpuas hati dengan hasilnya. Tidak hairanlah jika produk keluaran VidaBeauty menjadi pilihan setiap orang. Kini akibat permintaan yang ramai dari pelanggan bagi setiap pelusuk negara, Vida Beauty telah menambahkan beberapa cawangan baru dan jumlah pengedarnya semakin bertambah hari demi hari. Banyak testimoni dari pengguna-pengguna produk Vida Beauty yang menunjukkan kepuasan hati mereka terhadap keberkesanan produk Vida Beauty yang telah mereka gunakan. Produk yang dihasilkan ini sememangnya bersesuaian untuk semua orang tanpa menitikberatkan untuk kumpulan sasaran. Secara amnya, syarikat ini mengeluarkan produk yang sangat bersifat budaya terbuka kerana hasil keluarannya mampu diterima oleh semua masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan negara.
Proaktif


Proaktif ialah bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian (prpm.dbp.gov.my). Selain itu juga, proaktif merupakan suatu kemahiran berfikir, yang mana sebagai usahawan perlu berfikir secara positif supaya setiap  perancangan yang telah dibuat akan berjalan dengan jayanya. Berfikir proaktif bukan saja tindak balas kepada sesuatu masalah yang dihadapi oleh usahawan. Malahan, usahawan perlu berfikir jika terjadi sesuatu masalah, bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dan mencari jalan penyelesaiannya (ww1.utusan.com.my). Seterusnya, usahawan jangan sesekali menganggap sesuatu masalah itu sebagai satu masalah kerana ianya perlu dikaji dengan teliti sebab dan musababnya. Usahawan perlu mencari jalan keluar beserta alternatif yang lain.

Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan mereka. Untuk menjadi usahawan, perlu memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa ingin maju dan mara kehadapan. Tambahan itu, usahawan juga lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaannya dan tidak hanya berfokus pada satu peluang perniagaan saja.

Sebagai usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Justeru itu juga, usahawan perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan tidak hanya  menunggu pelanggan membuat aduan. sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dalam menerima aduan daripada pelanggan. Berikutan ini, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada operasi perniagaannya secara tidak langsung usahawan juga boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan apabila adanya sifat keterbukaan.

Seterusnya, usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, dengan tindakan mengambil peluang ini bagi membentuk sesuatu persekitaran yang baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan yang baru.

Sebagai contoh usahawan yang proaktif ialah usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali bin Mydin. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain yang terdapat di Malaysia.

Pengasas yang asal bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Selepas kematiannya, diganti oleh anaknya. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin (kumpulanabsade1013.blogspot.my).


DAYA TAJAM PEMERHATIAN (OBSERVANT)



DAYA TAJAM PEMERHATIAN (OBSERVANT)

Mengikut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, “Daya Pemerhatian” merujuk kepada perbuatan memerhati atau mengamati sesuatu. “Tajam Daya Pemerhatian” pula bermaksud kemampuan untuk memberi perhatian dengan teliti dan terperinci serta peka dan cakna terhadap sesuatu situasi. Ketajaman daya pemerhatian amat penting bagi seseorang usahawan (Boinott, 2014). Seseorang usahawan sentiasa menginginkan kepada sesuatu idea yang segar dan baru untuk memajukan perniagaannya. Idea-idea yang hebat dapat dihasilkan sekirannya seseorang usahawan itu mengambil peduli dan memberi perhatian terhadap situasi dan isu yang berlaku di sekeliling mereka juga dengan apa yang berlaku di seluruh dunia. (Strock, 2015).
A
Usahawan yang cemerlang ialah seseorang yang berfikir diluar kotak. Hal ini dapat dicapai apabila fikiran dan minda mereka dapat bekerja dengan lebih pantas dan cekap berbanding orang lain. Mereka bijak dan tidak teragak-agak dalam mengambil peluang-peluang keemasan dan mereka berupaya untuk mengenal pasti potensi-potensi dan kemungkinan-kemungkinan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain (Dyer et al, 2012). Mereka mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran yang masih belum dipenuhi atau yang masih belum diteroka. Lantas, mereka akan menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang-peluang tersebut (Friel, 2014).

Daya pemerhatian merupakan ciri keusahawanan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat melihat peluang perniagaan yang berpotensi membawa kejayaan. Mereka yang mempunyai daya pemerhatian dapat memerhati perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka dapat mengesan perubahan walaupun hanya perubahan yang sedikit dan sukar dikesan oleh orang lain. Dengan daya pemerhatian yang tajam, mereka dapat berkembang dan sentiasa maju dari semasa ke semasa walaupun berlaku perubahan persekitaran perniagaan di sekeliling mereka. 

Bagi tugasan ini, ciri daya pemerhatian yang tajam dapat dilihat pada usahawan Jack Ma yang berjaya dalam aktiviti perniagaannya. Jack Ma dikatakan sebagai usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam kerana semasa beliau kali pertama mendengar tentang internet pada akhir tahun 1994 dan diperkenalkan secara kebetulan dengan internet di Amerika Syarikat pada awal tahun 1995, beliau telah sedar dan yakin bahawa internet akan mengubah dunia. Jack Ma memerhati peluang ini merupakan peluang perniagaan yang akan membawa kejayaan kepada dirinya mahupun Negara China. Oleh itu, beliau mendapat idea untuk membuat laman web. 

Data perusahaan domestik yang dikutip di laman web akan dilepaskan kepada dunia. Namun, ideanya telah dibantah oleh rakan-rakan dan keluarganya tetapi beliau masih meneruskan ideanya kerana percaya akan daya pemerhatiannya. Kini Jack Ma telah menubuhkan Taobao, Alipay, Ali Mama dan sebagainya. Kejayaan Jack Ma dibuktikan lagi dengan jumlah urus niaga dalam Alibaba.com yang melebihi satu trillion yuan pada November 2012. Beliau telah Berjaya dalam perniagaannya yang tidak disokong oleh orang ramai pada peringkat awal. Dengan pemerhatiannya yang mendapati internet dapat mengubah dunia, beliau telah berjaya dan sekarang merupakan pengerusi Eksekutif Alibaba Group yang merupakan perniagaan berasaskan internet yang sangat berjaya serta merupakan usahawan dari China yang pertama muncul di muka depan Forbes.

RANGKAIAN (NETWORKED)



RANGKAIAN (NETWORKED)

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapat sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Terdapat dua jenis rangkaian iaitu rangkaian rasmi dan rangkaian tidak rasmi. Ciri yang besar bagi usahawan yang berjaya ialah mereka sentiasa mempunyai rangkaian antara satu sama lain. Ramai sasterawan semasa bekerjasama dengan usahawan menyokong hujah bahawa rangkaian keusahawanan adalah faktor penting dalam menjayakan usaha keusahawanan baru. Walau bagaimanapun, baru-baru ini dua empirical kajian penerokaan mendedahkan bahawa satu set usahawan serta satu set penasihat utama kepada usahawan tidak menduduki kepentingan rangkaian kepada kejayaan usaha keusahawanan baru kepada semua. Tidak semua orang akan merebut pada peluang yang ada untuk menggunakan produk baru dan perkhidmatan dan ada beberapa masih tidak akan menerima pakai walaupun selepas banyak maklumat menarik.
Oleh itu, rangkaian usahawan bukan sahaja untuk mencari pelanggan, tetapi juga untuk bertemu orang lain yang berkongsi minat dan keinginan mereka serta yang boleh membantu mereka pergi lebih jauh. Ciri-ciri utama usahawan yang berjaya adalah mempunyai kebolehan rangkaian itu, termasuk lebih merujuk kepada mentor yang berpengalaman.

Dalam tugasan ini, dapat diberikan contoh usahawan yang mempunyai rangkaian yang hebat ialah Datin Mina yang berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom untuk belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Beliau kemudian meyambung pelajaran dalam jurusan System Engineering di University of Leeds, London. Datin Mina pergi ke Convent Garden di London. Di situ, terdapat sebuah kedai The Body Shop. Beliau sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk teman-temannya.

Beliau bukan sahaja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah menyukai segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop. Setelah pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan keluaran The Body Shop daripada rakan-rakannya yang berkunjung ke London. Oleh kerana minatnya terhadap produk tersebut., beliau merancang dan berusaha untuk membawa produk tersebut ke Malaysia. Datin Mina akhirnya Berjaya mendapat hak francais bagi mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn Bhd. Kedai pertamanya dibuka pada 8 Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur. Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya.

Perniagaan The Body Shop dimulakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman. Wanita itu adalah isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang Berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hal ini dapat menjelaskan lagi bahawa Datin Mina merupakan usahawan yang bijak mencari rangkaian demi memperluaskan dan menjayakan perniagaannya sendiri. 

Beliau sedar bahawa rakannya Puan Mariam merupakan seorang usahawan yang telah mempunyai pengalaman sedia ada dalam bidang tersebut dan pastinya Puan Mariam ini telah mempunyai ramai kenalan dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, jika Datin Mina mempunyai kerjasama dengan Puan Mariam pasti perniagaan barangan The Body Shop ini akan berkembang maju.

Dengan kata lain, rangkaian juga boleh dikatakan jaringan dalam sesebuah perniagaan. Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh sseseorang usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk faedah bersama. Pihak luar perniagaan secara langsung atau tidak langsung memberi kesan kepada perniagaan. Keluarga, rakan, pembekal, kerajaan dan lain-lain akan memberi sokongan dari segi sumber modal, maklumat, tenaga kerja, sokongan dan peluang kepada usahawan. Kejayaan usahawan dipengaruhi oleh keupayaan mereka mengenal pasti peluang dan mendapatkan sumber terhad daripada persekitaran mereka melalui jaringan social.

Rangkaian perniagaan merupakan hubungan yang wujud di antara beberapa individu di dalam sesebuah perniagaan termasuklah peniaga, pembekal atau pemborong dan pelanggan. Namun begitu, kebanyakan usahawan-usahawan sekarang seakan-akan terlepas pandang atau sudah tidak mementingkan perkara tersebut. Perniagaan pada zaman sekarang sudah tidak seperti zaman dahulu lagi. Sudah banyak perniagaan yang wujud di sekeliling kita dan mereka semua para usahawan untuk bersaing sesama mereka. Jadi untuk mengurangkan persaingan ini, para usahawan perlu mewujudkan usahasama atau joint venture sesame mereka. Secara tidak langsung dengan adanya rangkaian perniagaan yang baik ini sesebuah perniagaan itu juga dapat berkembang dengan lebih cepat. Selain dapat mengurangkan persaingan, sebenarnya hubungan rangkaian perniagaan ini juga dapat membantu para usahawan untuk melariskan stok-stok mereka di samping bertukar-tukar pelanggan-pelanggan yang sedia ada di antara mereka.

Secara tidak langsung dengan adanya rangkaian perniagaan yang baik ini sesebuah perniagaan itu juga dapat berkembang dengan lebih cepat. Selain dapat mengurangkan persaingan, sebenarnya hubungan rangkaian perniagaan ini juga dapat membantu para usahawan untuk melariskan stok-stok mereka di samping bertukar-tukar pelanggan-pelanggan yang sedia ada di antara mereka. Pada masa yang sama juga mereka boleh memperkenalkan perniagaan mereka kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada antara mereka.
Tambahan lagi, terdapat seorang lagi tokoh usahawan dari China yang mempunyai rangkaian perniagaan yang hebat di dunia. Li Ka-Shing adalah seorang usahawan yang terkenal di seluruh dunia dan hartanya sebanyak USD 24.9 billion dan beliau adalah kedudukan tempat ke 17 paling kaya di seluruh dunia. Beliau adalah seorang usahawan yang mempunyai rangkaian yang banyak dan bijak menggunakan rangkaian yang beliau ada dengan bijaksana untuk mencapai matlamat yang beliau ingin capai. Beliau menjalankan banyak jenis perniagaan dan skop perniagaannya termasuk hartanah, tenaga, internet, telekomunikasi dan industri media.
Pada tahun 1950, beliau juga belajar bagaimana untuk mengendalikan perusahaan tumbuhan, beliau juga turut belajar mengasaskan syarikat pembuatan plastik di Hong Kong dengan dana yang dipinjam daripada keluarga dan rakan-rakan. Tambahan lagi, beliau juga selalu membaca penerbitan perdagangan dan berita perniagaan sebelum membuat keputusan untuk membekalkan dunia dengan bunga plastik yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah. Selepas itu, beliau juga mencari pekerja iaitu juruteknik yang terbaik dan menggunakan rangkaiannya untuk menjemput pembeli asing dan mengadakan minggu bagi pembeli asing melawat ke kilang beliau supaya dapat pesanan yang besar oleh pembeli asing.
Oleh itu, sebagai usahawan atau peniaga perlulah menitikberatkan soal hubungan yang baik di dalam rangkaian perniagaan supaya perniagaan boleh berkembang maju. Dengan ini bukan sahaja dapat membantu perniagaan malah perniagaan rakan-rakan yang lain juga.
Image result for DATIN MINA
DATIN MINA DAN PRODUKNYA