Budaya
Terbuka (Open Culture)
Budaya
terbuka atau juga dikenali sebagai budaya bebas merupakan satu konsep dimana
pengetahuan dan idea harus disebarkan dan diperkembangkan secara bebas dan
pertumbuhannya harus datang daripada pembangunan, perubahan atau memperkayakan kerja-kerja
yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada
peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek. Dalam
perniaganan, budaya adalah kelebihan terbesar yang mampan yang kita ada dalam
perniagaan pada hari ini. Hal ini demikian kerana budaya adalah aspek yang
paling sukar untuk ditiru. Pesaing mungkin boleh meniru produk-produk kita,
tetapi budaya memerlukan tenaga dan komitmen untuk dibina. Memahami perbezaan
budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam dunia
perniagaan. Budaya masyarakat memberi kesan kepada sistem politik, ekonomi,
sosial dan etika firma semasa perniagaannya berurusan dalam dunia masyarakat
itu. Budaya masyarakat mencerminkan nilai-nilai harmoni kebudayaan,
kepercayaan, kelakuan, adat dan sikap masyarakat itu sendiri. Budaya adalah
satu tingkah laku individu atau kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang telah diwarisi
dan diamalkan serta diperkenalkan kepada ahli-ahli masyarakat yang lain.
Unsur-unsur budaya saling berkaitan dan kukuh diantara satu sama lain.
Elemen-elemen ini adalah bersesuaian, ianya berubah seperti kuasa luar yang
mempengaruhi masyarakat. Budaya tidak hanya dikongsi oleh ahli-ahli masyarakat
tertentu sahaja tetapi diperluaskan dan dikongsi bersama dengan
masyarakat-masyarakat setempat yang lain.
Budaya
bebas membawa maksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah
perniagaan memasuki pasaran antarabangsa, mereka akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran kebudayaan. Untuk memasuki pasaran antarabangsa, adalah sangat
penting bagi seseorang usahawan untuk mengenal pasti dan memahami nilai-nilai
budaya sesebuah masyarakat atau negara. Oleh hal demikian, usahawan mestilah
sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap budaya luar bagi melakukan
penggubahsuaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut
dapat melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Usahawan hendaklah
sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima budaya baru dalam melakukan
sesuatu perniagaan.
Ciri-ciri
budaya terbuka ini juga perlu ada dalam diri usahawan kerana ia penting bagi
memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah tentang adat
atau budaya di negara asing. Melalui pengetahuan mengenai budaya luar usahawan
dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan
mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.
Antara
contoh usahawan yang mengamalkan ciri budaya terbuka dalam perniagaannya ialah
Dato’ Seri Vida. Beliau merupakan pengasas kepada produk kecantikan dan
kesihatan iaitu Vida Beauty.
Latar Belakang
Nama
sebenar beliau ialah Dato’ Dr Hasmiza Othman tetapi lebih dikenali sebagai
Dato’ Vida. Nama ini sememangnya tidak asing lagi di negara ini kerana beliau
dikenali dengan penghasilan dan kualiti produk yang terkenal dan semakin
mendapat tempat di hati masyarakat tanah air kita. Beliau merupakan anak
kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak menuntut
di institusi pengajian tinggi lagi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia, Penang.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran hingga peringkat PHD dalam jurusan
Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung
sepenuhnya dengan aliran perniagaan ini, beliau merupakan salah seorang tenaga
pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah
mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau sebagai guru
seterusnya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Dengan usaha beraninya
itu, beliau telah membuka sebanyak 38
cawangan perniagaannya di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah,
Penang dan Kelantan. Pengorbanan karier beliau telah mendatangkan hasil yang
amat berbaloi sehingga melayakkannya mendapat segala perancangan perniagaan
seperti yang diaturkan. Dengan susun atur organisasi dan segala percaturan
niaga yang dibuat, beliau juga mengharapkan yang terbaik tidak kira dari segi
Pengguna, Pekerja, Perniagaan dan Rakan kerja niaganya seperti puluhan Stokis,
Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei yang
banyak membantu beliau dalam perjalanan syarikat beliau sehingga kini.
Vida
Beauty merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan
kecantikan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Vida Beauty adalah setaraf
dengan produk-produk keluaran lain dipasaran malah produk Vida Beauty adalah
yang terbaik. Ramai yang telah mencuba produk-produk tersebut malah mereka juga
berpuas hati dengan hasilnya. Tidak hairanlah jika produk keluaran VidaBeauty
menjadi pilihan setiap orang. Kini akibat permintaan yang ramai dari pelanggan
bagi setiap pelusuk negara, Vida Beauty telah menambahkan beberapa cawangan
baru dan jumlah pengedarnya semakin bertambah hari demi hari. Banyak testimoni
dari pengguna-pengguna produk Vida Beauty yang menunjukkan kepuasan hati mereka
terhadap keberkesanan produk Vida Beauty yang telah mereka gunakan. Produk yang
dihasilkan ini sememangnya bersesuaian untuk semua orang tanpa menitikberatkan
untuk kumpulan sasaran. Secara amnya, syarikat ini mengeluarkan produk yang
sangat bersifat budaya terbuka kerana hasil keluarannya mampu diterima oleh
semua masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment