Proaktif
Proaktif ialah
bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh
lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian
(prpm.dbp.gov.my). Selain itu juga, proaktif merupakan suatu kemahiran
berfikir, yang mana sebagai usahawan perlu berfikir secara positif supaya
setiap perancangan yang telah dibuat
akan berjalan dengan jayanya. Berfikir proaktif bukan saja tindak balas kepada
sesuatu masalah yang dihadapi oleh usahawan. Malahan, usahawan perlu berfikir
jika terjadi sesuatu masalah, bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan
dan mencari jalan penyelesaiannya (ww1.utusan.com.my). Seterusnya, usahawan
jangan sesekali menganggap sesuatu masalah itu sebagai satu masalah kerana
ianya perlu dikaji dengan teliti sebab dan musababnya. Usahawan perlu mencari
jalan keluar beserta alternatif yang lain.
Usahawan yang
proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan
dalam dunia perniagaan mereka. Untuk menjadi usahawan, perlu memiliki matlamat,
wawasan dan sentiasa ingin maju dan mara kehadapan. Tambahan itu, usahawan juga
lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia
perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang
di luar bidang operasi perniagaannya dan tidak hanya berfokus pada satu peluang
perniagaan saja.
Sebagai usahawan
perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Justeru itu juga, usahawan perlu
mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan tidak hanya menunggu pelanggan membuat aduan. sekiranya
terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan
yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya
bersifat terbuka dalam menerima aduan daripada pelanggan. Berikutan ini,
melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada
pada operasi perniagaannya secara tidak langsung usahawan juga boleh mencapai
kejayaan cemerlang dalam perniagaan apabila adanya sifat keterbukaan.
Seterusnya, usahawan
yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, dengan tindakan
mengambil peluang ini bagi membentuk sesuatu persekitaran yang baru. Tindakan
ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam
pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan yang
baru.
Sebagai contoh
usahawan yang proaktif ialah usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer
Ali bin Mydin. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga
barangan yang murah berbanding pasaraya lain yang terdapat di Malaysia.
Pengasas yang asal
bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam
Hussein. Selepas kematiannya, diganti oleh anaknya. Permulaannya pada tahun
1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan
simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan,
beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya
besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka &
5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin,
anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai
Pengarah Utusan Mydin (kumpulanabsade1013.blogspot.my).
No comments:
Post a Comment