Failure is An Option (Kegagalan adalah satu pilihan)
Setiap usahawan akan menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan mereka. Tanpa cabaran tersebut perniagaan seseorang usahawan itu tidak akan berkembang dan berjaya hingga ke tahap yang lebih tinggi. Seseorang usahawan itu perlulah mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, kegagalan itu haruslah dijadikan satu cabaran yang perlu dihadapi ketika berada dalam bidang keusahawanan.
Jika sesautu kejayaan itu tidak dapat dicapai, maka jangan menjadikan kegagalan itu sebagai satu alasan yang negatif. Dengan bertindak sedemikian, segala usaha yang telah dilakukan tidaklah terlalu sia-sia dan seseorang usahawan itu akan terus mencuba hinggalah kejayaan itu dapat dicapai. Belajar dari segala kesilapan dan kelemahan yang terdapat pada setiap usaha yang telah dilakukan untuk terus maju ke hadapan.
Usahawan Malaysia yang memiliki ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani bin Tun Mahathir. Beliau merupakan seorang usahawan yang telah menjadikan kegagalan itu sebagai satu pilihan. Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir merupakan seorang pegawai eksekutif Kecana Petroleum Berhad yang pernah mengalami keadaan naik dan turun dalam bidang korporat. Sebelum ini, beliau pernah gagal ketika mengendalikan syarikat Tongkah Holding dan Pantai Holdings apabila tidak dapat mengekalkan pegangan saham ketika krisis kewangan 1997.
Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir tidak berputus asa dengan kegagalannya dan kemudiannya beliau berjumpa dengan pengasas Kencana Petroleum, Choong Hin Lon, yang telah mengambil beliau sebagai rakan kongsi. Keberadaan beliau dalam Kencana Holdings menyebabkan syarikat itu menjadi sangat cemerlang. Oleh itu, sebagai usahawan yang ingin berjaya kegagalan adalah satu pilihan yang perlu untuk menjadikan usahawan itu mampu bangkit dari setiap cabaran yang ditempuhi.
No comments:
Post a Comment