Tuesday, 8 November 2016

TUGASAN 1B : PENGASAS MZ SECRET : MUHAMMAD ZUKERMI BIN EDI




        

MZ Secret mula ditubuhkan pada 10 Jun 2013 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mengeluarkan produk makanan tambahan dan produk kesihatan yang dilabelkan atas jenama sendiri. MZ Secret wujud atas kegigihan dari pengasasnya iaitu Muhammad Zukermi Bin Edi. Bermula dari bawah, anak kelahiran negeri Pahang ini hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk membawa MZ SECRET ke tahap yang boleh dibanggakan. Beliau asalnya hanya menjalankan perniagaan disamping melakukan pelbagai kerja sambilan yang lain. Dengan keazaman yang tinggi, hanya berbekalkan ilmu dan keberanian, beliau telah meninggalkan semua kerja sambilannya dan memfokuskan pada perniagaan saja. Kini, beliau berjaya buktikan yang dilahirkan dalam keluarga yang susah dan tanpa latar belakang pendidikan di menara gading, bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan yang luar biasa.

PROFIL DIRI


                 NAMA                      : MUHAMMAD ZUKERMI BIN EDI

                 TARIKH LAHIR           : 10 Jun 1991
                 UMUR                       : 25 TAHUN
                 TEMPAT LAHIR          : TEMERLOH PAHANG
                 JAWATAN                  : PENGASAS MZ SECRET SDN BERHAD
                 TARAF PENDIDIKAN   : UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 
                                                      (UPSR)

          KISAH KEJAYAAN

Ketika berusia 19 tahun, Muhammad Zukermi bin Edi pernah dibuang daerah mengikut Ordinan Darurat atas kesalahan mentertai kongsi gelap. Bermula itu, daerah Rembau, Negeri Sembilan menjadi saksi kisahnya menuju kejayaan. Sepanjang tempoh dua tahun, Muhammad Zukermi, tidak dibenarkan meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali dalam seminggu. Kehidupannya bertambah perit apabila keluarga sendiri di Puchong, Selangor mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengannya. Di Rembau, kehidupan anak muda itu tidak tentu arah pelbagai kerja dilakukan untuk menyara kehidupan.

Kehidupannya boleh dikatakan seperti gelandangan kerana tidak mempunyai tempat tinggal, dia menjadikan stesen bas dan surau sebagai tempat tidur pada waktu malam. Sepanjang tempoh tersebut, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah. Namun, dalam menjalani pelbagai pandangan buruk oleh masyarakat beliau mempunyai niat untuk mendapat sebuah kehidupan yang baik akan datang.

Pernah kembali ke ibu negara setelah tamat hukuman dan menjalani pelbagai pekerjaan di Kuala Lumpur dengan mengerjakan pelbagai pekerjaan, kehidupan di ibu negara dirasakannya begitu sukar untuk ditempuh, lalu dia kembali ke Rembau. Beliau mula bergiat dalam perniagaan dalam talian (online) ketika di Rembau, Muhammad Zukermi mendapat ilham iaitu menjual barang secara dalam talian (online). Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di laman sosial sebagai dropship.

Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu. Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Pulangan dari keuntungan tersebut telah membuatkan beliau mengeluarkan produknya sendiri dan menubuhkan sebuah syarikat bumiputera dan mendapat sambutan yang cukup membanggakan. Kejayaannya ternyata telah membantu memulihkan hubungan antara beliau dan keluargannya selepas dia membuktikan kisah kejayaannya kepada ahli keluarga dan menjadikan kedua ibu bapanya sebagai pendorong kejayaannya.

Falsafah hidupnya setelah berjaya adalah sentiasa mengingatkan kembali titik hitam dalam hidupnya supaya tidak tenggelam dalam kesenangan dan kejayaan yang dikecapi kini. Perasaan syukur kepada Allah merupakan perkara utama perlu melekat dalam hati agar diri tidak mudah terleka dan alpa dengan nikmat dunia.

Melalui syarikatnya, MZ Secret Sdn. Bhd., Muhammad Zukermi kini memasarkan produk keluaran sendiri melalui online. Selain sabun anti jerawat, syarikatnya kini mengembangkan lagi beberapa produk termasuk yang terbaharu, Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli. Selain itu, niatnya untuk membantu para usahawan bisnes online juga diteruskan dengan melancarkan produk sistem data pangkalan pelanggan bagi memudahkan para peniaga menguruskan perniagaan dalam talian mereka dengan lebih tersusun dan teratur. Produk sistem data pelanggan itu dijual serendah RM99 berbanding yang sedia ada di pasaran yang mencecah ribuan ringgit.

PRODUK YANG DIKELUARKAN

                

               MZ Secret Soap, MZ Secret Body Spray dan MZ Secret Botox Cream



5 CIRI USAHAWAN YANG BOLEH DIKAITKAN PADA PENGASAS MZ SECRET

1. BERORIENTASIKAN HASIL

      Meneliti kisah kejayaan Muhammad Zukermi bin Edi pengasas MZ Secret dalam menjalankan pernigaan dapat disimpulkan bahawa beliau mempunyai ciri berorientasikan hasil dalam menjalankan perniagaannya. Selari dengan kemajuan teknologi, beliau dapat mengeluarkan produknya sendiri dari hasil pendapatan beliau mengikuti perniagaan atas talian (dropship), hasil yang diperoleh menjadi salah satu medium kepadanya mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk jenamanya sendiri dengan mengikuti trend permintaan masyarakat masa kini dimana menitik beratkan produk kesihatan dan kecantikan bumiputera disamping memberi perkhidmatan yang berkualiti, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan. 

     Rangkaian perniagaan yang terbukti berhasil turut dikembangkan lagi dengan membuka peluang kepada lebih ramai usahawan terutamanya wanita (Suri Rumah, Ibu Tunggal, Kakitangan Kerajaan / Swasta, Lepasan Sekolah, Di berhenti Kerja, VSS dan lain-lain) yang berminat dalam dunia perniagaan kecantikan memulakan perniagaan secara professional. Melihat strategi yang digunakan dalam mengembangkan perniagaan beliau, setiap hasil keuntungan yang dicapai olehnya dikembangkan lagi untuk memperkasakan lagi potensi perniagaan semakin berkembang. Contohnya, pengahsilan produk yang dikeluarkan dapat meningkatkan pengetahuan kepentingan makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan secara semulajadi. Oleh itu, dapat disimpulkan keberhasilan yang dicapai dalam perniagaannya digunakan olehnya untuk mengembangkan lagi produknya dikenali secara menyeluruh dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

2. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN


       Muhamad Zukermi mempunyai ciri-ciri kegagalan adalah satu pilihan. Setiap usahawan mempunyai kisah silam dan kegagalan dalam hidup mereka sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya. Muhammad Zukermi merupakan usahawan yang sentiasa berfikiran terbuka dan bermotivasi akan setiap kegagalan dalam hidupnya serta menjadikan kegagalan itu satu cabaran kepadanya untuk terus maju ke hadapan. Kegagalan itu dapat diatasi jika usaha yang dilakukan tidak pernah padam dan terus berputus asa.

        Latar belakang dan sejarah hidup Muhammad Zukermi dapat dijadikan satu contoh yang sesuai bagi menggambarkan kegagalan itu adalah satu pilihan. Hanya menpunyai taraf pendidikan peringkat UPSR sahaja serta kisah hidup beliau yang pernah dibuang daerah mengikut Ordinan Darurat kerana menyertai kongsi gelap, keluarganya tidak mahu untuk berhubung dengan beliau namun beliau tidak menunjukkan itu adalah satu alasan yang negatif untuk beliau tidak menceburi bidang keusahawanan. Beliau belajar dari segala kesilapan yang lama dan terus melangkah ke hadapan dan bangkit untuk membuktikan bahawa pandangan masyarakat terhadap kegagalannya dapat dihapuskan dengan kejayaan yang telah beliau miliki sekarang.

3. BERWAWASAN

            Selain itu, Muhammad Zukermi juga mempunyai wawasan yang jelas dan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan.  Beliau menentukan hala tujunya dengan menjadikan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya serta mampu memulihkan pandangan keluarga dan masyarakat terhadap dirinya sendiri. Beliau mampu melihat potensi beliau dalam bidang keusahawanan walaupun dengan hanya mempunyai taraf pendidikan UPSR sahaja. Beliau terus bergerak ke hadapan dan menggunakan pelbagai kepakaran dan sikap berwawasan dalam diri beliau untuk terus berjaya dalam bidang keusahawanan.

            Muhammad Zukermi menggunakan segala teknologi terbaharu untuk membantu beliau mengembangkan produk yang dijualnya. Beliau telah menjual barang secara dalam talian (online) iaitu produk kesihatan lelaki yang diiklankan di laman sosial sebagai dropship. Melalui kaedah ini, beliau menggunakan teknologi yang semakin maju untuk memudahkan beliau menguruskan produk yang beliau jual.

4. RANGKAIAN 


Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah memilih seorang usahawan dalam bidang perniagaan yang dijalankan oleh Encik Muhammad Zukermi Edi iaitu perniagaan komestik dan penjagaan wajah kulit muka serta badan bagi kaum lelaki dan wanita. Setiap diri seseorang usahawan mereka seharusnya mempunyai ciri-ciri yang boleh mendorong kejayaan mereka di dalam bidang perniagaan yang diceburi. Ciri-ciri usahawan yang telah dikenal pasti oleh pengasas MZ Secret ini adalah melalui rangkaian. Dalam rangkaian ini, dapat dilihat perniagaan beliau telah membina rangkaian dengan orang ramai. Encik Zukermi berusaha mencari pelanggan semasa memulakan perniagaan dalam meluaskan pasaran untuk produk penjagaan kesihatan bagi lelaki. Di samping itu, beliau juga berkongsi minat dan perniagaan beliau dengan golongan usahawan terutamanya wanita iaitu suri rumah, ibu tunggal, kakitangan kerajaan/swasta, lepasan sekolah, diberhenti kerja, VSS dan lain-lain. Fokus perniagaan beliau adalah bagi mereka yang berminat dalam dunia permiagaan kecantikan memulakan perniagaan secara professional. Oleh sebab itu, rangkaian usahawan bukan sahaja untuk mencari pelanggan, tetapi juga untuk bertemu orang lain yang berkongsi minat dan keinginan mereka serta yang boleh membantu mereka pergi lebih jauh. Ciri-ciri utama usahawan yang berjaya adalah mempunyai kebolehan rangkaian itu, termasuk lebih merujuk kepada mentor yang berpengalaman.

5. BERANI MENGHADAPI RISIKO 


Selain itu, ciri usahawan yang terdapat dalam diri beliau ialah berani menghadapi risiko. Hal ini demikian kerana, walaupun beliau telah dibuang negeri, beliau tetap mencuba untuk mengubah nasibnya iaitu dengan enjadi seorang penjual yang menjual produk kesihatan melalui mengiklankannya di laman sosial. Setelah beliau mendapat keuntungan melalui hasil jualan tersebut, beliau telah mengeluarkan produknya sendiri dan telah menubuhkan sebuah syarikat yang semakin Berjaya di peringkat pasaran.



Kesimpulannya, Muhammad Zekermi sememangnya mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang disebutkan ini. Hal ini demikian kerana, kejayaan beliau bukan hanya datang bergolek, namun ianya memerlukan masa dan kecekalan hati dalam menempuh setiap dan pelbagai yang mendatang.

No comments:

Post a Comment