BERANI
MENGHADAPI RISIKO
Seterusnya,
ciri-ciri yang terdapat dalam diri usahawan ialah usahawan perlulah mempunyai
sikap yang Berani Menghadapi Risiko.
Risiko merupakan bahaya mahupun akibat yang berlaku disebabkan oleh sebuah
proses yang akan berlaku kepada seseorang usahawan. Risiko boleh mendatangkan
keuntungan kepada usahawan, namun risiko juga turut dapat mendatangkan kerugian
yang akan dialami oleh seorang usahawan. Semakin besar risiko yang diambil,
maka semakin besar juga hasil yang akan diperolehi oleh seorang usahawan itu.
Oleh hal demikian, seorang usahawan perlu mempunyai sikap yang berani sekiranya
ingin mendapatkan keuntungan yang besar mahupun tinggi pulangannya. Setiap
usahawan pasti ingin mendapat keuntungan yang besar. Hal in demikian kerana,
setiap usahawan menginginkan untuk mengembangkan perniagaan yang mereka ada
bagi mendapatkan kepuasan diri dengan pencapaian yang telah mereka miliki.
Sebagai
contoh usahawan yang mempunyai sikap untuk berani menghadapi risiko ini ialah,
usahawan muda iaitu Puan Dila Mubarak yang merupakan pengasas produk kecantikan
iaitu Produk Kecantikan Mamadil. Antara sebab Puan Dila Mubarak mempunyai ciri
usahawan berani menghadapi risiko adalah kerana, setiap produk yang beliau
hasilkan adalah berdasarkan uji kaji diri beliau sendiri. Sebagai contoh,
beliau akan menggunakan produknya terlebih dahulu, kemudian jika produk
tersebut berkesan ke atas dirinya, barulah beliau mengeluarkan produk tersebut
untuk berkongsi rahsia kecantikan yang beliau miliki. Antara produk kecantikan
yang diasaskan oleh Puan Dila Mubarak ialah Woman Love, Susu Rizqi, Beauty Sara
dan banyak lagi. Produk tersebut telah mendapat sambutan yang sangat
memberangsangkan kerana setiap item keluaran baharu, pasti akan habis dijual
dalam jangka masa yang pendek.
![]() |
PRODUK KECANTIKAN MAMADIL |
![]() | ||||||||||
PUAN DILA MUBARAK : PENGASAS PRODUK KECANTIKAN MAMADIL |
No comments:
Post a Comment