Tuesday, 8 November 2016

DAYA TAJAM PEMERHATIAN (OBSERVANT)



DAYA TAJAM PEMERHATIAN (OBSERVANT)

Mengikut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, “Daya Pemerhatian” merujuk kepada perbuatan memerhati atau mengamati sesuatu. “Tajam Daya Pemerhatian” pula bermaksud kemampuan untuk memberi perhatian dengan teliti dan terperinci serta peka dan cakna terhadap sesuatu situasi. Ketajaman daya pemerhatian amat penting bagi seseorang usahawan (Boinott, 2014). Seseorang usahawan sentiasa menginginkan kepada sesuatu idea yang segar dan baru untuk memajukan perniagaannya. Idea-idea yang hebat dapat dihasilkan sekirannya seseorang usahawan itu mengambil peduli dan memberi perhatian terhadap situasi dan isu yang berlaku di sekeliling mereka juga dengan apa yang berlaku di seluruh dunia. (Strock, 2015).
A
Usahawan yang cemerlang ialah seseorang yang berfikir diluar kotak. Hal ini dapat dicapai apabila fikiran dan minda mereka dapat bekerja dengan lebih pantas dan cekap berbanding orang lain. Mereka bijak dan tidak teragak-agak dalam mengambil peluang-peluang keemasan dan mereka berupaya untuk mengenal pasti potensi-potensi dan kemungkinan-kemungkinan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain (Dyer et al, 2012). Mereka mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran yang masih belum dipenuhi atau yang masih belum diteroka. Lantas, mereka akan menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang-peluang tersebut (Friel, 2014).

Daya pemerhatian merupakan ciri keusahawanan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat melihat peluang perniagaan yang berpotensi membawa kejayaan. Mereka yang mempunyai daya pemerhatian dapat memerhati perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka dapat mengesan perubahan walaupun hanya perubahan yang sedikit dan sukar dikesan oleh orang lain. Dengan daya pemerhatian yang tajam, mereka dapat berkembang dan sentiasa maju dari semasa ke semasa walaupun berlaku perubahan persekitaran perniagaan di sekeliling mereka. 

Bagi tugasan ini, ciri daya pemerhatian yang tajam dapat dilihat pada usahawan Jack Ma yang berjaya dalam aktiviti perniagaannya. Jack Ma dikatakan sebagai usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam kerana semasa beliau kali pertama mendengar tentang internet pada akhir tahun 1994 dan diperkenalkan secara kebetulan dengan internet di Amerika Syarikat pada awal tahun 1995, beliau telah sedar dan yakin bahawa internet akan mengubah dunia. Jack Ma memerhati peluang ini merupakan peluang perniagaan yang akan membawa kejayaan kepada dirinya mahupun Negara China. Oleh itu, beliau mendapat idea untuk membuat laman web. 

Data perusahaan domestik yang dikutip di laman web akan dilepaskan kepada dunia. Namun, ideanya telah dibantah oleh rakan-rakan dan keluarganya tetapi beliau masih meneruskan ideanya kerana percaya akan daya pemerhatiannya. Kini Jack Ma telah menubuhkan Taobao, Alipay, Ali Mama dan sebagainya. Kejayaan Jack Ma dibuktikan lagi dengan jumlah urus niaga dalam Alibaba.com yang melebihi satu trillion yuan pada November 2012. Beliau telah Berjaya dalam perniagaannya yang tidak disokong oleh orang ramai pada peringkat awal. Dengan pemerhatiannya yang mendapati internet dapat mengubah dunia, beliau telah berjaya dan sekarang merupakan pengerusi Eksekutif Alibaba Group yang merupakan perniagaan berasaskan internet yang sangat berjaya serta merupakan usahawan dari China yang pertama muncul di muka depan Forbes.

No comments:

Post a Comment