ORIENTASI KUMPULAN
Orientasi berkumpulan juga
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap orang yang bergelar
sebagai usahawan. Orientasi berkumpulan merupakan usahawan yang berjaya yang
dapat menjadi seorang pemimpin yang berwawasan serta mempunyai hubungan baik
dengan para pekerja. Kerjasama antara para pekerja dan majikan sangat memainkan
peranan yang penting dalam memastikan perniagaan yang dijalankan itu dapat
berkembang dengan lebih baik. Dalam ciri-ciri usahawan yang berorientasikan
kumpulan ini, ianya sangat mengambil berat terhadap para pekerja yang berada di
bawahnya.
Sebagai contoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri usahawan yang
berorientasikan berkumpulan ini ialah Datuk Wan Muhammad Sani Salleh yang
merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd. Datuk Sani merupakan usahawan
muda yang telah Berjaya dalam membangunkan dan memberikan perkhidmatan bas
kepada masyarakat. Selain daripada memberikan perkhidmatan bas, Datuk Sani juga
turut menyediakan perkhidmatan hotel bagi memudahkan dan membantu masyarakat
dalam mencari penginapan. Antara syarikat yang dimiliki oleh Dato Sani ialah Sani
Express Sdn. Bhd, Sani Properties Sdn. Bhd dan Sani Hotel Sdn. Bhd. Sebelum
menubuhkan perkhidmatan bas, Datuk Sani terlibat dalam dunia industri hiburan
dengan menjadi seorang model, penyanyi dan juga menjadi seorang pelakon.
![]() |
DATUK SANI SALLEH |
![]() | |
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
No comments:
Post a Comment