Tuesday, 8 November 2016

BERORIENTASIKAN HASIL



BERORIENTASIKAN HASIL 

Berorentasikan hasil bermaksud seseorang ushawan perlu memberi fokus kepada sesuatu proses bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasinya. Dalam ciri ini, usahawan tersebut mempunyai matlamat yang besar, namun ianya adalah dalam risiko yang tinggi apabila tidak dapat mencapai apa yang diinginkan. Umumnya, menetapkan matlamat dalam perniagaan umpama memberi peluang kepada proses sebagai pertaruhan yang lebih baik berbanding memberi tumpuan kepada hasil. Dalam konteks ini, usahawan masing-masing mempunyai cara mereka tersendiri dalam menghasilkan barangan mereka dengan lebih baik agar kepuasan pengguna terlaksana.
Ringkasnya, ciri ini merujuk kepada sesuatu tindakan dengan mengambil kira hasil daripada tindakan yang dilakukan dalam dunia keusahawanan. Hasil merujuk kepada keuntungan yang merupakan sasaran utama dalam sesebuah perniagaan. Dalam perniagaan, seorang usahawan itu sendiri perlu bijak dalam mengatur pelaksanaan strategi untuk memasarkan produk masing-masing


Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri ini adalah Nurul Diana binti Mohd Pudzi, pemilik Dian Legacy Sdn Bhd. Beliau merupakan pengasas produk Floral Mask, Dianz Vitamin, Nano Lightener Cream dan beberapa lagi produk lain untuk kecantikan yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kisahnya bermula apabila terdorong oleh dirinya sendiri untuk mencipta produk jenama sendiri selepas beroperasi selama 3 tahun memasarkan produk orang lain. Beliau sangat yakin berbekalkan pengalaman selama 3 tahun berniaga dia boleh maju dalam perniagaannya. Namun, sewaktu produknya yang pertama keluar, dia telah menghadapi penurunan dalam jualannya. Perniagaannya tidak berhenti setakat itu sahaja, kerana beliau tetap teguh menjalankan perniagaan dengan memperbaharui strategi pemasaran dan setiasa positif dan telah membuahkan hasil apabila produk pertama keluarannya mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna. Bekalan yang dihantar kira-kira 10,000 tiub kepada pelanggan setiap minggu.
Terdapat jugak produk lain seperti Vitamin C dan E yang dipasarkan sejak 2013 lagi untuk merawat masalah kulit dan pada hari ini supplement ini telah menjadi fenomena dalam pasaran untuk perempuan mahupun lelaki. Terdapat juga produk langsing yang dikeluarkan dan beberapa produk baru yang bakal menyusul tahun ini.
Nurul Diana Mohd Pudzi menjalankan perniagaan melalui dalam talian dan kira-kira telah mempunyai 400 pengedar diseluruh negeri. Beliau merupakan jutawan muda yang pernah mempunyai simpanan 1 juta hasil perniagaannya dalam usia yang sangat muda. Kisah kehidupannya yang mengharungi masalah kewangan satu ketika dahulu, telah mendorong dirinya menjalankan perniagaan untuk meneruskan pelajaran dan menyara keluarga.
Kini, perniagaannya semakin berkembang dan dikenali oleh orang ramai dan mendapat tempat dalam masyarakat kerana setiap produk yang dikeluarkan adalah menepati kemahuan pengguna kerana setiap produk yang dhasilkan kebiasaannya disukai oleh mereka yang menghadapi pelbagai masalah yang kurang pengeluaran produk untuk masalah tersebut.

Kesimpulannya, pengasas Dian Legasi Sdn Bhd ini menepati ciri berorentasikan hasil kerana setiap produk-produk yang dikeluarkan olehnya sangat unik dan menepati kemahuan pengguna, walaupun mempunyai risiko yang sangat besar untuk mengetengahkan sesuatu yang unik bukan mudah, beliau mementingkan hasil setiap produk yang akan masuk  dalam pasaran namun ianya diterima oleh para pengguna. Selain itu, ramai pengedar yang dapat mengubah taraf hidup kehidupan mereka apabila menyertai perniagaan beliau membuktikan setiap strategi yang dilaksanakan, beliau mementigkan hasil yang berkualiti sekali gus dapat memenuhi citarasa pengguna dan dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda.

No comments:

Post a Comment